Tiba-tiba mahu membuka bilik kecil ini. Ya ruang sendat yang pernah saya sembunyikan diri. Hanya bertingkap dua dan pintu tanpa tombol. Rupa-rupanya sudah dua tahun -  saya seolah enggan kembali - bahawa di sini sangkaan saya urusan solitude sudah terbengkalai. Namun beberapa hari lalu, saya melawati blog seseorang yang sudah tiada. Aneh sungguh. Masih terbuka lawangnya. Seolah tiada sesiapa tahu kewujudan sudut peribadinya itu. Saya teringat bilik ini. Terdedah, mungkinkah diceroboh. Nah, sebelum ini saya pernah memiliki blog, tetapi entah gagal dapatkannya. Isu e-mel berbeza sebelum Google ambil alih. Barangkali saya memang tidak mahukan laman purba itu lagi. 10 tahun. Naif, banyak hal-hal tidak serius di dalamnya meski segala luka-luka remaja bernisan di sana.

Ya, saya mahu pulang ke sini. Meluruskan waktu yang melengkung di muka jam. Membersihkan cermin jendela yang buta.

Comments

Popular posts from this blog