Dalam cerpen terbaru saya, Bukan Lagi Persona, ada seorang watak bernama V. Ya sependek itu. Seaksara itu sahaja. Sahabat bertanya tentang watak V dan bagaimana kecenderungan saya meletakkan nama-nama dengan satu huruf cuma. Dia mengusik saya ini suka benar ya cipta watak begitu. V ini, kadangkala menampilkan dirinya dalam beberapa siri penulisan. V ialah watak kabur saya cipta, tidak ada ciri khas, malah tidak jelas jantina. Saya berani katakan V ini genderless. Malah dia akan sentiasa membuat cameo akan datang (mungkinlah). Kemudian saya terfikir, genderless atau tidak berjantina ini sukar amat kita bayangkan, bukan? Sebab di mana-mana kita akan tetap bertemu makhluk memiliki kelamin walaupun kelamin tidak sepadan seksualitinya. Haiwan juga terbagi dua. Jadi bagaimana kita bisa menerapkan penghayatan sesuatu yang tidak dibelenggu jantina dan ciri-ciri khas? 

Bagaimana kita meyakini Tuhan dan Semesta yang tidak ada ciri-ciri kita sebut tadi? Sukar, bukan? Penilaian manusia sering bengkok dan bungkuk: kita melihat wanita kita memikirkan dosanya sebagai wanita, begitulah kita melihat lelaki kita memikirkan dosanya sebagai lelaki: mengapa jarang kita menilai kerana mereka Manusia? 

Pemahaman dan penghyatan kita juga terkategorikan. Hanya kerana dia wanita. Hanya kerana dia lelaki. Pada akhirnya, apa dosa dan pahala yang bebas tidak tertakluk pada jantina dan suku kaum? Tidak, pada akhirnya, Tuhan lebih memihak siapa antara kita berdua?

Comments

Popular posts from this blog