Posts

Showing posts from June, 2017
Image
Aku merinduimu, selalu. Aku mengingatimu, selalu. Setiap kali kaulihat dedaun luruh kering perang- ketahuilah, bahawa aku ada di antara reranting itu.  Yang benar-benar menunggu, QA.
Image
Saya kembali ke ruang ini. Kalendar sudah menandai 1 Jun, maka separuh tahun 2017 berjalan memenuhi kehidupan. Kita menapak ke Ramadan ketujuh. Sepurnama saya tidak menyisipkan fikiran di sini.  Sedikit saya ingin berbahagi - bahawa waktu adalah takdir, takdir adalah waktu. Bukankah kedua-dua saling bekerja untuk kelangsungan manusia? Nukleusnya : hikmah. Maka bersabarlah, wahai jiwa-jiwa polos. Saya sedang mendepani keresahan di hujung lidah dan beban kegundahan di antara alis yang memberatkan mata. Fajar merekah sesudah lengkingan santun azan menghimpunkan segala kedukaan tatkala sujud. Ah, warna pagi sememangnya meluntur jatuh pada bumbung-bumbung rumah tetangga lalu mengalir memasuki mimpi. Aneh, warnanya gagal membenamkan kerinduan ini yang berlapis-lapis, seperti bertahap-tahap. Hari diawali dengan mengingati kenangan yang menyenangkan. Kemudian berkalih ke musim kehidupan yang persis musim rontok di Paso Robles - sejagat padang jingga disertai dedaun maple merah! Ya, bu