Posts

Showing posts from 2020
Image
Saya didesak tanpa belas kasihan oleh sesuatu yang berdaya magis, jangan tanya apa - saya juga buntu. Rahsia dan rasa cuba membuli, mempersenda takdir solitud ini. Barangkali saya terlambat mengenal dosa sebuah keheningan. Saya mahu berlari, saudara, ke mana-mana sahaja asalkan bukan di sini. Bersungguh saya ingin meninggalkan barisan warna yang mengekori. Tidak ada lebih memedihkan selain kelumpuhan cuaca di daerah Diri yang semakin dangkal. Tidak ada. Maka saya ingin menyembuhkannya- benarkanlah saya berundur dulu. Benarkanlah ⁠—
Image
  di balik punggung kita berdua— kelibat tuhan yang cerah mengekori perlahan
Tiba-tiba saya sangat ragu menimbang harga sebuah perkenalan. Apabila kita disajikan cerita-cerita tidak enak tentang sosok itu ini meski kami hanya bertegur lewat sesak media sosial, ternyata saya harus belajar menjarakkan diri. Tetaplah berkenalan, cuma bijak berwaspada. Syukur, masih banyak teman-teman yang saya percaya. Walau saya sering sendiri di penjuru internet yang tumpul.
Image
Dalam cerpen terbaru saya, Bukan Lagi Persona, ada seorang watak bernama V. Ya sependek itu. Seaksara itu sahaja. Sahabat bertanya tentang watak V dan bagaimana kecenderungan saya meletakkan nama-nama dengan satu huruf cuma. Dia mengusik saya ini suka benar ya cipta watak begitu. V ini, kadangkala menampilkan dirinya dalam beberapa siri penulisan. V ialah watak kabur saya cipta, tidak ada ciri khas, malah tidak jelas jantina. Saya berani katakan V ini genderless.  Malah dia akan sentiasa membuat cameo akan datang (mungkinlah). Kemudian saya terfikir, genderless atau tidak berjantina ini sukar amat kita bayangkan, bukan? Sebab di mana-mana kita akan tetap bertemu makhluk memiliki kelamin walaupun kelamin tidak sepadan seksualitinya. Haiwan juga terbagi dua. Jadi bagaimana kita bisa menerapkan penghayatan sesuatu yang tidak dibelenggu jantina dan ciri-ciri khas?  Bagaimana kita meyakini Tuhan dan Semesta yang tidak ada ciri-ciri kita sebut tadi? Sukar, bukan? Penilaian manu
Image
Ilustrasi untuk lagu kanak-kanak "Hey Diddle Diddle" Baru saya tersedar, pendedahan awal saya kepada sastera adalah nursery rhymes dan fairy tales. Lagu kanak-kanak. Saya amat akrab dengan nursery rhymes malah pernah memiliki buku tebal mengandungi bermacam lagu kanak-kanak, khasnya Inggeris. Imaginasi dan keanehan dalam cerita-cerita tradisional sangat mempesonakan dan menghiburkan. Kadang-kadang saya mengenangnya kembali. Alangkah bagus kalau saya masih menyimpan buku itu sebagai pusaka dan khazanah berharga untuk masa dewasa? Tetapi ia sudah dibuang, terpental jauh ke dalam pusaran silam yang menelan hingga jadi abu, hingga jadi debu masa yang terasa mengganggu, seperti pepasir melekat di pipi dan pelupuk mata. Saya semakin hari semakin melupakannya padahal sungguh merindui ia pulang ke tangan saya ini. Walaupun boleh membeli buku baharu, tetapi tidak; rasanya berbeda. Buku itu menjadi tanda bermakna di pangkal hidup. Dalam naskhah itulah tempat saya berlari menca
Image
Gambaran lifestream dalam Final Fantasy VII: Advent Children Lifestream  (Arus Hayat) dalam siri permainan video  Final Fantasy VII,  ialah ibarat unsur/tenaga ruhaniah yang mengitari planet Gaia.  Lifestream  ialah esensi planet, memberi nyawa kepada tumbuhan dan segala yang hidup. Secara ringkas, dalam semesta FFVII ini, semua orang akan kembali ke  lifestream.  Bermaksud, kembali ke planet ( return to the Planet ). Ini satu konsep metafizik dan mistik yang menarik dan saya yakin dipengaruhi oleh kepercayaan Buddha, Shinto malah ada juga menyamakan dengan Kabbalah (mistik Yahudi): kitaran ruh ( a cycle of souls ). Reinkarnasi? Mungkin. Mungkin juga tidak. Dalam Islam kita akan dibangkitkan juga dengan keadaan yang setimpal amalan kita di sini. Menurut FFVII,  lifestream  mengandungi emosi, memori dan ilmu oleh sesiapa yang telah hidup di dalamnya. Mungkin pada pereka FF, ini seolah alam barzakh.  Bukankah mempesonakan? Mengagumkan? Ya, ia hanyalah konsep dongeng yang terda
Image
Catan oleh Conor McGuire Biola dan sang kuda. Apa halnya? Bagaimana gesekan biola seperti khutbah membuka jalan hidup baru. Nantikan kisah saya yang mengkal ini. Cerita hanya cerita, tak lebih mulia, tak pula nista. 
Image
Serpihan filem Colorful (2010) Adakah mustahil untuk tidak memiliki masa silam atau masa depan - bahkan kedua-duanya? Adakah Tuhan begitu: tentulah ya? Dia tidak dibelenggu masa lalu atau masa mendatang. Seadanya Dia tanpa sebarang sejarah. Apa yang akan berlaku di negeri Sana? Yang mana satu ruang kita miliki dan mengisi? Bukankah waktu silam tidak pernah kita kitari dengan lengkap? Saya percaya ada beberapa lorong dalam masa lalu kita tidak berkesempatan memesrai. Ia ditinggalkan, kita pula enggan menjengah. Seperti kota, tidak semua celah tubuh kita lewati. Hanya memandang dari tingkap LRT belum cukup meski kita merasa gergasi sebab manusia tampak seperti jejeran semut dan kakilima terlihat kecil halus seperti garisgaris pensil. Bagaimana pula masa depan yang tidak pernah menjanjikan apa-apa? Benarkah kita akan memasuki lawangnya? Pastikah terbina lorong-lorong serba baru memukaukan kita hingga terlupa baki-baki silam yang masih belum terusik? O waktu kau sangat relati
Sang Vagabond yang suatu ketika melintas dalam mimpi, akankah dia kembali dengan ringkik kuda hitamnya. Membawa bekalan rahsia dari Negeri Sunyi yang tak berpeta. Sekali sahaja saya bermimpi tentangnya: pokok gergasi, derap tapak kuda. Namun membekas. Bilakah saya akan mengenali wajahnya yang pilu. Menanggung beban rahsia nan usang.
Image
Mendengar muzik adalah cara saya melegakan kegelisahan. Sangat gemarkan bagaimana manusia mencipta alunan yang rinci. Permainan kod gitar yang menakjubkan, nada luar biasa. Digandingkan vokal bermacam range, kadangkala membuat kita terpaku. Dua naskhah saya: Dua Rahsia Berjabat dan Momen, sebahagian besar proses penukangan karya ditemani senarai-main lagu yang panjang. Sukar saya menulis tanpa mendalami muzik. Saya mendengar hampir kesemua genre, namun ada satu saya sering kembali mengkajinya iaitu progressive music (prog rock). Banyak karya saya terhasil ketika meneliti genre unik ini. Ia keseimbangan yang mantap - balada, metal, melankolik - segala aspek teknikal dititikberatkan. Entah mengapa genre rock dan metal cenderung lebih puitis berbanding genre lain. Malah kedua-dua genre ini seringkali juga disalahertikan. Saya diperkenalkan lagu-lagu rock 80-an, terpegun dengan keindahan lirik. Mengapa ya? Adakah kerana keterbukaan dan progressiveness -nya membolehkan pemuzi
Image
Rumah lama kami dulu dibina daripada kayu-kayan. Saya sangat kecil waktu itu tetapi seingat saya, tetamu kami selalunya sekawan kelawar. Butir-butir najis melekat-lekat di ruang anjung. Terasa seperti mendiami gua pula. Kenangan ini terbuka semula bila saya sedang membaca puisi tentang kelawar dan gua dikarang oleh anak Ohio ini Eleanor Wilner. Judulnya Bat Cave. Mari saya ingin berbahagi serpihan puisi: “Standing there now, at the mouth of the cave—this time we enter, feel inside the flutter of those many hearts, the radiant heat of pumping veins, the stretch of wing on bone like a benediction, and the familiar faces of this many-headed god, benevolent as night is to the weary—the way at dark the cave releases them all, how they must lift like the foam on a wave breaking, how many they are as they enter the starlit air, and scatter in wild wide arcs in search of fruit, the sweet bites of mosquito...” Terpegun membaca tulisan hebat ini. Inte
Image
  Kebelakangan ini saya kerap mengulang baca tulisan sastrawan Argentina, Pak Jorge Luis Borges. Saya kagumi kepengarangannya. Saya perasan dia menulis beberapa kali tentang mimpi. Kebetulan pula saya bermimpi aneh-aneh lagi, lebih hairan baru-baru ini saya terjaga dalam keadaan sedih. Entah kenapa ya. Tidak berdaya mengingati kembali apa telah saya lalui dalam tidur. Lalu puisi Pak Jorge ini terlintas pada pagi itu: Dream If dreaming really were a kind of truce (as people claim), a sheer repose of mind, why then if you should waken up abruptly, do you feel that something has been stolen from you? Why should it be so sad, the early morning? It robs us of an inconceivable gift, so intimate it is only knowable in a trance which the nightwatch gilds with dreams, dreams that might very well be reflections, fragments from the treasure-house of darkness, from the timeless sphere that does not have a name, and that the day distorts in its mirrors. Who will you be toni
Image
Selesai menukarkan beberapa entri sebelum ini sebagai draf. Entahlah, terasa janggal dan memalukan juga membaca kembali catatan terdahulu. Ternyata dalam hidup saya, banyak himpunan draf terbungkam dalam lemari fikiran. Draf-draf yang saya ingin pautkan dijadikan kenangan dalam perbualan atau pertemuan namun ia kekal draf yang paling rahsia. Saya sudah rangka sekian kata-kata dan plot dalam kepala, akhirnya rangka memanglah tinggal rangka. Ia terbiar dan terperangkap dalam tulisan berangkai yang gagal dirungkai. Those words trapped in cursive letters that cannot be distinguished. Bukankah draf tidak kemas, tidak jelas, tidak terurus kerana jujur dan mentah? Tiada proses suntingan. Sangat langsung sifatnya. Saya anggap begitulah nasib draf yang terjeruk dalam ingatan dan di antara lapis-lapis kertas terpakai. Malah sekarang, entri ini, saya tidak mampu memuatkan segala, biarlah barangkali memang molek sesetengah hal — kekal draf dan tidak perlu dituntut lengkap sebagai ce
Image
Tiba-tiba mahu membuka bilik kecil ini. Ya ruang sendat yang pernah saya sembunyikan diri. Hanya bertingkap dua dan pintu tanpa tombol. Rupa-rupanya sudah dua tahun -  saya seolah enggan kembali - bahawa di sini sangkaan saya urusan solitude sudah terbengkalai. Namun beberapa hari lalu, saya melawati blog seseorang yang sudah tiada. Aneh sungguh. Masih terbuka lawangnya. Seolah tiada sesiapa tahu kewujudan sudut peribadinya itu. Saya teringat bilik ini. Terdedah, mungkinkah diceroboh. Nah, sebelum ini saya pernah memiliki blog, tetapi entah gagal dapatkannya. Isu e-mel berbeza sebelum Google ambil alih. Barangkali saya memang tidak mahukan laman purba itu lagi. 10 tahun. Naif, banyak hal-hal tidak serius di dalamnya meski segala luka-luka remaja bernisan di sana. Ya, saya mahu pulang ke sini. Meluruskan waktu yang melengkung di muka jam. Membersihkan cermin jendela yang buta.