Rumah lama kami dulu dibina daripada kayu-kayan. Saya sangat kecil waktu itu tetapi seingat saya, tetamu kami selalunya sekawan kelawar. Butir-butir najis melekat-lekat di ruang anjung. Terasa seperti mendiami gua pula. Kenangan ini terbuka semula bila saya sedang membaca puisi tentang kelawar dan gua dikarang oleh anak Ohio ini Eleanor Wilner. Judulnya Bat Cave. Mari saya ingin berbahagi serpihan puisi:

“Standing there now, at the mouth
of the cave—this time we enter, feel
inside the flutter of those
many hearts, the radiant heat of pumping
veins, the stretch of wing on bone
like a benediction, and the familiar
faces of this many-headed god,
benevolent as night is
to the weary—the way at dark
the cave releases them all,
how they must lift like the foam
on a wave breaking, how many
they are as they enter
the starlit air, and scatter
in wild wide arcs
in search of fruit, the sweet bites
of mosquito...”

Terpegun membaca tulisan hebat ini. Intens. Apabila menyebut gua, kita membayangkan kegelapan. Kegelapan menjedakan lintas cahaya sebentar, ikut menikmati kebutaannya. Rahsia pun terkunci. Gua lambang spiritual; bilik pertapaan, kuliah solitude untuk para pencari, pendeta dan kelana. 

Mereka barangkali membungkamkan diri untuk menemukan keriuhan yang bukan duniawi. Seolah ia diertikan lohong sukma yang besar. 

Saya semakin inkuiri tentang kegelapan, meski kita berusaha lari darinya. 

(tentu ada sesuatu sedang memutih, menyala di dalamnya?) 

Comments

  1. Apa pendapat anda, jika sesorang itu sememangnya diciptakan untuk besama dengan gua, tetapi dirinya seorang yang membencikan kegelapan, dan lebih malang dia tidak pernah tahu akan perihal kewujudan 'terang'. Dia cuba keluar dari gua tersebut. Tidak mahu lagi terantai dengan gelap 'gua'.

    Meronta-ronta. Berpeluh-peluh dia cuba untuk keluar. Tapi tiap kali dia cuba keluar dia disedut kedalam, ke tempat paling dalam, dalam kegelapan paling pekat. Dan satu hari yang malang dia mendapat idea bahawa 'kematian' adalah satu-satunya pintu untuk dia keluar, dari situ.

    Dari gua.

    Ini bukan soal kenangan, tapi harapan untuk tidak lagi berada dalam lingkung 'gua'. Yang penuh sesak dengan kesunyian dan kebosanan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fizreum,

      Memang pedih hakikat sesetengah daripada kita ditakdirkan bermula dan berakhir dalam landasan yang gelap, dalam lohong besar seperti gua.Saya kira semua orang akan terfikir untuk merasai yang kontra dengan kebiasaan. Misalnya kalau kita terbiasa dengan terang, tentu kita penasaran tentang kegelapan. Begitulah yang terbiasa bergelap, ingin tahu ruang yang terang. Hidup seringnya berkontradiksi dan mungkin itu cara Alam bekerja.
      Ambil contoh orang buta sejak lahir, dia memanfaatkan deria lain untuk memaknakan pencariannya. Barangkali begitu caranya?

      Tidak semua jawapan dibalas dengan kematian. Saya fikir, dia harus berjalan dan merasai arah yang ada sehingga berjumpa dengan hujung terowong yang bercahaya. Sebesar gua juga ada pintu keluar di akhirnya.

      Delete
    2. Aku akan pesan kepada dia untuk terus berjalan.

      Delete
    3. Teruskan. Jalan-jalan itu sedang menunggu kita melaluinya.

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog