Selesai menukarkan beberapa entri sebelum ini sebagai draf. Entahlah, terasa janggal dan memalukan juga membaca kembali catatan terdahulu.

Ternyata dalam hidup saya, banyak himpunan draf terbungkam dalam lemari fikiran. Draf-draf yang saya ingin pautkan dijadikan kenangan dalam perbualan atau pertemuan namun ia kekal draf yang paling rahsia. Saya sudah rangka sekian kata-kata dan plot dalam kepala, akhirnya rangka memanglah tinggal rangka. Ia terbiar dan terperangkap dalam tulisan berangkai yang gagal dirungkai. Those words trapped in cursive letters that cannot be distinguished.

Bukankah draf tidak kemas, tidak jelas, tidak terurus kerana jujur dan mentah? Tiada proses suntingan. Sangat langsung sifatnya. Saya anggap begitulah nasib draf yang terjeruk dalam ingatan dan di antara lapis-lapis kertas terpakai. Malah sekarang, entri ini, saya tidak mampu memuatkan segala, biarlah barangkali memang molek sesetengah hal — kekal draf dan tidak perlu dituntut lengkap sebagai cerita, bukan?

Comments

Popular posts from this blog