Jika kata-kataku menjadi seribu perahu
ia akan menanggung muatan suaraku
merentasi laut fikiranmu-
biar biru-mu berombak lagu

16 April 2017


Saya banyak memendam fikiran baru-baru ini. Alangkah penat asyik menyimpan rasa yang tidak ada kepastian. Pada penghujung hari, keletihan menidurkan dan saya akan memasuki lorong mimpi dan menyuakan wajah-wajah tidak dikenali atau mengalami pengulangan peristiwa - dejavu. (Ia proses yang melelahkan). Saya memendam lagi. Untuk apa, saya juga tidak ada jawapan. Namun, saya sangat berwaspada menyusun kotak-kotak ucapan seperti bermain Scrabble. Berkubus-kubus membentuk sebuah perkataan. Demi menzahirkan fikiran, saya mengatur rapi kalimat agar tidak berlaku sebarang penyimpangan maksud. Jika saya ada magis, saya mahu tukarkan kejadian kata-kata sebagai seribu perahu, kemudian saya layarkan di laut. Dengan berbekalkan keyakinan terhadap bimbingan pawana - Ia akan memimpin seribu perahu ke ruang yang lengang dan suara nubari ini diperdengarkan warga di sana. 

Begitulah saya, gadis yang gemar berangan-angan. Membiarkan imaginasi seperti kabus nipis terbang atau bergentayangan antara udara. Saya ingin memecahkan tradisi memendam dengan kesenyapan. Saya mahu bebas!
Foto lampu pijar yang jernih ini sebenarnya representasi kondisi jiwa saya - sangat terperangkap dengan ketakutan dan kepenatan sendiri. 


Comments

Popular posts from this blog