Dipetik daripada "Katarsis" (1993)
Lagi tentang Tuan Z.K. Sejak pertemuan kali kedua (sebelum ini pernah dibimbing di bawahnya) - banyak rahsia tentang rahsia saya cuba terokai dan mengerti meskipun ia masih sebuah rahsia yang tidak mahu memperlihatkan bagaimana rupa, bentuk dan warna. Puisi Z.K. saya kongsikan ini telah mengembalikan tujuan saya yang terpadam dalam kesibukan. Cita-cita murni yang terbit dari nurani. Saya ingin mencari Diri. Banyak hal menyimpang dan arah-arah yang bertikungan. Saya bertanya kepada Sang Angin di dalam mimpi - tetap Ia berdiam dan berlalu tanpa sebarang pujukan. Mungkin jawapan itu sudah saya miliki sejak azali - tapi kita sudah terlupa. Kita sudah terlupa -- bahawa Diri adalah destinasi yang perlu tiba. Kita mesti berjalan ke dalam Diri. Pencarian atas pencarian; begitulah saudara - ada ruang kosong antara akal dan budi.

"Katakan padanya aku sedang dalam perjalanan pulang ke gua diriku!"

Maha Tuhan Yang Berahsia -- berapa dalam lagi rahsia kami belum timba?

Comments

Popular posts from this blog