Penyakit lupa (Alzheimer) sangat menakutkan. Itu perihal yang menggusarkan saya selepas kematian dan laut. Mengingati sebenarnya satu rahmat - ia lintasan sejarah di ruang futur agar kita tahu di mana pernah kita menemukan titik kehidupan yang berjungkir-balik. Saya mula mengandaikan bahawa kebanyakan kita tidak takutkan ketuaan tetapi kealpaan. Kelupaan yang amat dahsyat - seolah-olah imaji terpadam oleh waktu. Persis falsafah keluruhan bunga sakura di Jepang; manusia mahu dikenang seindah-indah kesuma yang gugur di laman memori seseorang. Diingat-ingatkan keperibadiannya sepanjang jalan zaman. Saya akui, saya turut mahu mereka mengingati setelah kepulangan- tetapi jika mereka juga sudah kembali? Siapa akan melangsungkan tradisi ingat-mengingati? Akhirnya saya tersedar - kita akan tetap dilupakan. Yang signifikan adalah keberadaan kita selama hayat dikandung badan.

Adakah ingatan boleh diwarisi kepada orang asing? 

Seperti tokoh-tokoh, para wali; nama-nama mereka tetap dikirim dari satu suara ke suara- dekad demi dekad. Magis, bukan?

Comments

Popular posts from this blog