Z.K.


Perjalanan hanya beberapa jengkal dari meja untuk menuju ke Sang Guru memang mendebarkan buat saya yang masih lompong ilmu di jiwanya. Dia tuntut dari kami sebuah sajak untuk ditulis dalam tempoh singkat. Kata-kata spontan terlarut di dalam lembar putih di genggaman saya - diikuti langkah begitu takut dan resah untuk menghulurkan kepadanya. Malu memang. Bagaimana kalau puisi ini amat buruk dan sukar dipulih? Namun, saya sendiri yang mahu mendekatinya. Saya menawarkan diri - saya mahu jiwa saya dinilai menerusi rampaian bahasa saya masukkan. Peribadi Sang Guru bersahaja dan santun mendengarkan puisi kecil saya nukil.  Dia tidak menafikan. Dia tidak mengiyakan. Ucapan demi ucapan semata mahu puisi saya semakin mekar - langsung sihat segar dan berembun persis disirami secukup air. Komentarnya menyentuh rasa. Terima kasih untuk alir kata-kata lembut dan bersusur terus ke muara jiwa saya. Terima kasih kerana menyedarkan - kita menulis untuk diri yang juga berantai bersama keramaian. 

"Kesunyian mendekatkan kita kepada diri (kita) sendiri." - ZK.

Comments

Popular posts from this blog