"Sekarang semuanya instan (telefon memberi maklumat secara instan) fikiran jadi instan, maka kehidupan juga instan." ini dibilang dari bibir tua Ibu KZ, ketika saya di IDE, mendengar imbauan sejarah beliau bersama W.S Rendra dan Usman Awang (semoga mereka bahagia di sana). Alhamdulillah, kita sudah memasuki lorong Rejab; lalu memanjang ke ambang Syaaban pula. Saya mengamati hal-hal kelmarin; tahun ini amat 'segera.' Sesegara capaian info menerusi satu klik dalam ponsel pintar - juga arus internet dari cabang data beribu. Instan seperti Ibu KZ katakan. Cepat amat sehingga saya tercicir urusan kelmarin di gendongan, didatangi pula urusan baharu hari ini. Setiap saat begitu. Gantungan kalendar di muka dinding seakan terpaksa melingkar sendiri tarikh dengan spidol tinta merah. Ternyata kita terlupa untuk kembali kepada waktu yang telah dibahagikan kepada kotak-kotak berangka. Kita sangat sibuk. Ya, sibuk. Ha, kesibukan yang sukar ditandai penamat. Kesibukan yang memendekkan jangka introspeksi diri.

'Trek masa sudah melangkaui batas jadual perjalanan - sebaliknya akur perkalihan ini singgah di stasiun takdir.'

Getus hati kecil Qurratul 'Ain alias saya yang menulis entri sia-sia ini alias pengingin keperlahanan hidup.

(Ketika kenanaran yang maha-kuat, saya mahu sungguh bulan Rejab jatuh di bumi - biar kami dalam kesenyapan; diiringi pari-pari!)

Comments

Popular posts from this blog